Ahad, 10 Januari 2021

eBOOK

eBOOK COACHING


ASAS COACHING

KEMAHIRAN COACHING: MODEL GROW


Alhamdulillah. Akhirnya berjaya juga saya menghasilkan eBook berkaitan dengan coaching. Suatu buah tangan sepanjang terlibat dalam kemahiran bergelar coaching. eBook yang berbentuk modul latihan yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang akan membimbing rakan, kakitangan, pekerja (klien) atau sesiapa sahaja. Boleh juga digunakan ketika PLC melaksanakan perbincangan berkaitan dengan coaching, diketuai oleh seorang pemudah cara (fasilitator). Kemahiran coaching satu daripada banyak kemahiran yang digunakan semasa membimbing seseorang. Kita meletak diri kita sebagai coach (mahir dalam proses coaching) membantu melepaskan potensi yang ada dalam diri coachee (mahir dalam subjek) dalam meningkatkan keyakinan diri, menyelesaikan masalah, pembangunan profesionalisme diri dll. Jom kita dapatkan kemahiran asas coaching. Sila PM saya, 0199810618 sekiranya ingin khidmat saya sebagai pemudah cara berkaitan dengan kemahiran coaching. Insyallah sedia membantu.

SAIZ A5 (Digunakan untuk membaca dalam telefon bimbit, laptop dsb.) Sila klik digambar bagi mendapatkan bahan.

       


 

Jumaat, 25 Disember 2020

MEMORIKU

KOLEKSI NOTA 1990 - 2019


Inilah koleksi nota bacaan saya sepanjang 29 tahun perkhidmatan dalam pendidikan sebagai guru dan pensyarah di IAB. Nota yang telah disusun semula (agar seragam) setelah bersara dan semoga boleh dijadkan bahan bacaan pula oleh sahabat-sahabat. Sebahagian besar dari nota, saya alih ke bahasa Melayu disebabkan kekangan saya dalam membaca dengan lancar dan memahami secara terus dalam bahasa Inggeris dan memudahkan saya untuk membaca dan dirujuk berulang kali. Saya himpunkannya dalam satu capaian di bawah. Nota-nota inilah yang menjadi idea dan buah fikiran semasa berbincang dengan pemimpin pendidikan. Bolehlah sahabat-sahabat cetak dan dijadikan sumber untuk perbincangan oleh PLC berkaitan topik tertentu.

KOLEKSIKU

[Klik Di Atas]

Doakan agar saya dan keluarga sentiasa sihat dan dapat terus dapat menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat, bagi memudahkan kerja buat seharian. Sekiranya sahabat-sahabat semua inginkan untuk saya menjadi pemudahcara atau pencerahan boleh hubungi 0199810618.


BUKU KERJA KEMAHIRAN COACHING


Mengapa Coaching pilihan saya?

Antara kemahiran yang saya kira amat berguna, apabila bersara juga adalah kemahiran Coaching. Banyak diguna pakai semasa sahabat-sahabat meminta buah fikiran dan pandangan hal sesuatu perkara. Dan untuk saya buat coaching kendiri, membimbing diri sendiri. Tentang kemahiran Coaching ini, amat saya berterima kasih kepada IAB kerana dikesempatan bertugas di IAB telah diberi amanah untuk mengurus program utama IAB (bersama PADU dan BPSH) yang dinamakan program SIPartner dan akhirnya berpindah ke BPSH dengan wujudnya jawatan SIPartner+. Bermula 2010. Selain mengurus program adalah juga melatih SIPartner atau SIPartner+ yang menggunakan pendekatan coaching dalam membimbing pemimpin pendidikan. Di mana program SIPartner awal dahulu, berfokus kepada sekolah yang berada di band 6 dan 7 di seluruh negara. SIPartner yang dilantik adalah di kalangan pensyarah IAB dan pengetua-pengetua Cemerlang. SIPartner+ di PPD bermula di negeri Sabah dan Kedah sebagai rintis pada tahun 2013 dan terus ke seluruh negara pada tahun 2014 sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, banyak kejayaan dalam pendidikan kita apabila ada pembimbing khusus yang akan bergerak ke sekolah-sekolah. Program berkaitan coaching terus bergerak, berkembang. Coach KPM di bawah kendalian BPSM (bersama IAB, PADU) telah diwujudkan dan mula bergerak ke Bahagian KPM, JPN, PPD, IPGM dll. untuk bertemu dengan Pengarah, Timbalan Pengarah, Pegawai PPD dll. Terima kasih, KPM kerana melantik saya juga untuk terus menjadi coach KPM. Semoga coacing menjadi satu cara yang boleh membantu kepemimpinan sekolah mencemerlangkan murid khususnya, pendidikan umumnya.

Jangan lupa, kadang-kadang kita terlupa, terlepas pandang, banyak blind spots yang ada di sekeliling kita semasa kita memimpin. Lagi besar organisasi yang kita pimpin lagi banyak blind spots. Cuba kita lihat, mana yang banyak blind spots, antara kita pandu lori kontena berbanding dengan tunggang basikal? Antara kita pimpin PPD berbanding Sekolah? Jangan malu untuk kita mendapat seseorang (coach) yang boleh menunjukkan kita blind spots agar kita dapat memimpin dengan lebih berkesan. Coach yang terlatih akan mengemukakan soalan-soalan yang betul supaya kita boleh mendapat jawapan yang betul. Coach tidak akan memberi tahu jawapan, kerana kita sebenarnya telah ada jawapan. Coach membuka jalan, coach menjadikan kekusutan kepada terurus.

Satu lagi, kadang-kadang isteri atau suami kita boleh menjadi coach yang hebat. Bila mereka banyak mengemukakan soalan. Atau kita mengemukakan soalan. Malah, anak-anak kecil yang bertanya juga sebenarnya coach tidak formal sehingga kita terpaksa menjelaskan sebaik mungkin yang membuatkan kita lebih memahami sesuatu yang ditanya...







Selasa, 1 Disember 2020

TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA ... ATAS SOKONGAN TUAN / PUAN SELAMA INI.

ALHAMDULILLAH. 01 Disember 2020, jam 10.05 minit. Blog ini yang telah bermula pada 2019 (sebelum bersara, 18 Jun 2019) telah dilihat sebanyak 100,000 kali. Blog yang mengandungi bahan bacaan utama berkaitan Perancangan Strategik dan Coaching. Di samping itu, bahan berkaitan Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan. Semoga blog ini terus menjadi sumber rujukan yang boleh memberi manfaat kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi dalam usaha kita mencipta Kemenjadian Murid yang Cemerlang dan Sekolah Berkualiti. Terima Kasih, tuan / puan. Doakan agar saya terus sihat dan dapat menyumbangkan mana yang boleh. Samada melalui blog atau bersemuka. Sekiranya tuan / puan berminat untuk berbicara atau minta pendapat berkaitan dengan Perancangan Startegik Organisasi atau Sekolah atau Coaching.... silakan hubungi saya, 0199810618. Insyaallah, kita borak-borak santai.





Ahad, 13 September 2020

Ahad, 16 Ogos 2020

PERANCANGAN STRATEGIK ORGANISASI (PSO)

Perancangan Strategik

Jika ada fail yang tidak boleh diakses, maklumkan saya, ya. 0199810618






CONTOH PSO KEMASKINI

[Word] [Pdf] PSO SEKOLAH - Jangkamasa Panjang + Jangkamasa Pendek

[Word] [Pdf] PSO PEMBUDAYAAN KBAT DALAM PDP Pilihan 3 (TERBARU)
atau
[Word] [Pdf] PSO PEMBUDAYAAN KBAT DALAM PDP Pilihan 2
atau
[Word] [Pdf] PSO PEMBUDAYAAN KBAT DALAM PDP Pilihan 1

KANVAS SUMBANGSARAN

Gunakan borang ini semasa melaksanakan sumbangsaran.





Dalam kita memastikan Pembudayaan KBAT dalam PdPc berjaya, sudah pasti kita sebagai pemimpin akan merancang dan menyelia pelaksanaan. Sekolah Mentor akan Menyelia Sekolah Mentee. Pemimpin di sekolah akan menyelia guru-guru. Selepas penyeliaan, ada beberapa cara dalam kita melaksanakan Bimbingan, samada memberi Konsultasi, Coaching ataupun Mentoring. Ada masa juga perlu Mengajar atau Melatih, sekiranya tiada pengetahuan atau kemahiran. Walaupun kita berada pada tahap terbaik, tidak mustahil masih ada sesuatu yang tercicir yang kita tidak nampak berada di blindspot. Di sinilah perlu seseorang (coach) yang akan membuat kita sedar akan perkara tersebut. Seorang coach akan menggunakan soalan-soalan yang akan membuka jalan untuk kita berjaya dalam membudayakan KBAT dalam PdPc. Kemahiran Coaching dan Mentoring amat diperlukan dalam menjayakan program ini.











RUJUKAN MESTI BACA
[Handbook ini menceritakan perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam menjadikan sekolah berprestasi tinggi, dalam erti kata lain sekolah yang hebat, cemerlang dsb.nya. Membangunkan ciri-ciri ini adalah strategi / inisiatif mencemerlangkan sekolah. Ciri-ciri ini juga menjadi elemen utama dalam membangunkan sekolah melalui program TS25 - Kemenjadian Murid dan Kualiti Sekolah dipengaruhi Kualiti Guru, Keberkesanan Kepimpinan Pengurusan, Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti, Persekitaran Pembelajaran Bermakna.]

SLAID


NOTA

PO01a Kepimpinan dan Hala Tuju Sekolah. Kerangka Pembangunan Sekolah 01
PO01b Kepimpinan dan Hala Tuju Sekolah. Kerangka Pembangunan Sekolah 02
PO02 Ciri-ciri Sekolah Berprestasi Tinggi 
PO03 Ciri-ciri Pemimpin Berprestasi Tinggi
PO04 Ciri-ciri Guru  Berprestasi Tinggi
PO05 Ciri-ciri Murid Berprestasi Tinggi 
PO06 Suara-suara Guru & Kakitangan, Murid dan Ibubapa  
PO07 Sarana Sekolah & Sarana Ibubapa  
PO08 Pelan Pembangunan Organisasi Jangkamasa Panjang
PO09 Pelan Pembangunan Organisasi Jangkamasa Pendek
PO11 Kanvas Penyelesaian Masalah; Membuat Keputusan; dan Mengurus Perubahan
PO12 Model Perubahan ADKAR
PO13 Penyelesaian Masalah. Kualiti Guru (1) PdPc Berkesan
PO14 Penyelesaian Masalah. Kualiti Guru (2) PdPc Berkesan
PO15 Penyelesaian Masalah. Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran Bermakna _ Kehadiran Murid ke Sekolah
PO16 10 Kualiti Kepimpinan Terbaik yang Menjadikan Pemimpin yang Baik
PO17 Penandaarasan (Lawatan Sambil Belajar, Perantisan dll.)

NOTA PERANCANGAN STRATEGIK

PO08 Pelan Pembangunan Organisasi Jangkamasa Panjang
PO09 Pelan Pembangunan Organisasi Jangkamasa Pendek

CONTOH LENGKAP PERANCANGAN STRATEGIK

[Word] [PdfPelan Pembangunan Organisasi Jangkamasa Panjang
[Word] [PdfPelan Pembangunan Organisasi Jangkamasa Pendek (Tahunan)   
[Word] [PdfPerancangan Strategik Panitia 
[Word]         Data 
[Word] [Pdf] Panduan Pembangunan Perancangan Strategik (14 Laluan)

NOTA ALAT-ALAT SEMASA MEMBANGUNKAN PS